Followers

Thursday, September 27, 2007

cukupkah sekadar cantik???


"Time is too slow for those who wait,too swift for those who fear,too long for those who grieve,too short for those who rejoice,but for those who love, time is eternity.~Henry Van Dyke~ "

frankfurt hauptbanhoff


Pernah tak waktu jalan2 bertembung dgn sepasang couple yg the guy handsome giler but the gf .... just ok2.... dan pernah tak timbul persoalan kenapa??? sdgkan that lelaki deserves to have a pretty gf for a steady.... n sometimes we do have absolutely pretty stunning girlfriend but still single... is she too picky, or always demand high, or u guys takut kene reject so u don't dare to tackle this girl.... ntahla.... macam2 pendapat bile we all girls kat cni discuss this thing.... but i strongly believe guys look n judge a girl at a very diferent view from girls....

and today secara tiba2 shieda jadi rajin nak bace paper online.... n i found this article in harian metro.... so just copy and paste je laa....

DALAM memilih jodoh, lelaki sering bersandarkan paras rupa atau kecantikan wanita.

Kecantikan sesuatu yang subjektif. Apapun, wanita harus menjadikan diri mereka cantik dalam segala aspek.Jika ciri yang diperturunkan ini anda miliki, ia mungkin boleh dianggap satu pakej wanita idaman yang diingini lelaki sebagai pasangan hidup satu hari nanti.

1/ Keibuan.

Inilah sikap sebenar wanita yang membuatkan lelaki teruja padanya. Banyak lelaki
terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih
sayang.

" Wajah keibuan sesungguhnya mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang dalam keadaan tertekan, cemas dan gelisah serta senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan anak baru hendak menonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi memiliki sikap keibuan dalam diri masing-masing. "


2/ Keanak-anakan.
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata
lelaki. Mereka rasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-
anakan yang melampau dan menyakitkan hati sebaliknya sikap keanak-anakan yang
menyenangkan. Kemanjaan wanita boleh membangkitkan naluri kebapaan dan kelelakian,
malah wanita yang ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3/ Penuh pengertian.
Pengertian wanita sering membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya seperti
perasaan mudah memaafkan dan memilih waktu yang tepat untuk berbincang
masalah.Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang penuh pengertian tidak
terus mengeluarkan kata-kata kasar atau menuduh yang bukan-bukan sebaliknya cuba
mengerti duduk perkara sebenar.





Bingen view....

4/ Menghargai.
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang
suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi
kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

5/ Menjaga penampilan.
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik,
bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita itu menghargai
dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat dan menjaga kesihatan tubuhnya,
meningkatkan kualiti hidup serta memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia bersyukur
dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki
juga menyukainya. Apabila sudah berumah tangga, wanita berkenaan terus menjaga
penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang
tidak suka isteri yang kelihatan cantik dan ramping walau sudah punya anak tiga?

6/ Pandai berbicara.
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual.
Walaupun topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita,
wanita berkenaan dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif,
tetapi memberi tindak balas dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang
baik serta mengalihkan topik agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga
gemar wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki
dengan baik dan berfikiran terbuka.

7/ Pandai bergaul dan menyesuaikan diri.
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki.
Wanita tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih
muda. Apabila berhadapan dengan suasana baru, wanita itu cepat menyesuaikan diri.

i miss u qilah


8/ Menghormati diri sendiri.
Lelaki suka wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan
dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan serta tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang
lelaki terhadap dirinya.

9/ Simpati dan prihatin.
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib mereka yang
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Ada kecantikan dalaman pada
dirinya yang memancar keluar dengan indah dan mempesona.






0 love: